STAY WITH US

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

History

Gambar rekaan pertama Yamaha 135LC

Berikut merupakan sedikit sebanyak maklumat sejarah berkenaan motorsikal Yamaha 135LC.

Motosikal ini adalah salah sebuah model moped (sport underbone) keluaran Yamaha dan boleh dikategorikan sebagai sebuah model yang berjaya mendapat tempat di pasaran Malaysia. Model 135LC ini boleh dikatakan unik kerana Yamaha sebelum itu terkenal dan mencapai kejayaan melalui model-model kapcai dan moped dengan enjin dua lejang, namun segalanya berubah dengan kemunculan 135LC yang dilengkapi enjin 4-lejang lengkap dengan radiator (liquid-cooled).

Dengan sesaran kuasa enjin sebanyak 134cc dan dilengkapi dengan penyejuk cecair dan rupabentuk yang futuristik, moped 4-lejang ini mampu memberi saingan yang sengit kepada model 2-lejang lain. Tidak dinafikan penerimaan awal peminat motorsikal terhadap rekabentuk model ini agak negatif, namun jangkaan tersebut meleset dengan penerimaan yang sangat memberangsangkan oleh generasi baharu.

Berdasarkan maklumat dari laman Wikipedia, Yamaha 135LC dibangunkan sendiri oleh ibu pejabat Yamaha di Jepun (Yamaha Motor Company) sekitar tahun 2004 – 2005, khusus untuk pasaran ASEAN. Model tersebut dikenali dengan nama Yamaha T135, namun diberikan nama-nama yang berlainan untuk pasaran yang berbeza. Untuk pasaran Thailand, ianya dikenali dengan nama Yamaha Spark 135, manakala untuk pasaran Indonesia, Filipina dan Vietnam, ianya masing-masing dikenali dengan nama Yamaha Jupiter MX 135, Yamaha Sniper 135 dan Yamaha Exciter 135.

Pages