Setelah menempuh pelbagai dugaan dalam memantapkan prestasi motosikal sendiri, akhirnya aku telah memiliki sebuah jentera yang mampu mengeluarkan kuasa yang sepadan dengan jisim injin dan namanya. Terbukti perjalanan ini perlukan kecekalan. Aku tiada kawan sebagai teman berbual mengenai motosikal. Semua perkara terpaksa difikirkan sendiri. Namun bagiku ianya berbaloi kerana aku dapat menimba pengalaman daripada kesilapan. Banyak wang telah aku habiskan semata-mata untuk mendapatkan prestasi injin yang memuaskan. Aku bukan kaki lumba, aku hanyalah pemuda yang mahukan keseronokan tertinggi dalam menunggang motosikal! Bagi aku motor biar nampak standard tapi memiliki prestasi yang dapat membanggakan pemiliknya di lebuhraya.

Kickstart Loose, Slipping, No Compression

If you have problem with loose kick starter or slipping, feel like there's no compression. Don't easily get panic. If this is a sudden problem that happen without any notice, at first try to check what happen inside your clutch cover. If you can do it on your own, go ahead because you don't need to spend some money for labor work.

If your bike age more than 8 years, most common problem came from the part which is the 'One way bearing' or in the manual book stated as 'Cage' and 'Clutch shoe housing boss'. You can get this part easily and make sure buy the original part, the cost should be not more than RM40/set. Careful because this part contain 3 tiny spring attached to white plastic housing. To change this part, you need to detach the whole Clutch System.

You might need to check Auto Clutch Housing. If there's a mark or lining inside the housing; friction lane - it's time to change it with the cost not more than RM150/set, best to replace Clutch Shoe or 'Auto Clutch' at the same time if you have extra budget.

Attached is the image of Auto Clutch System for your reference. Picture taken from Yamaha Manual T135S/SE, edited by Nkamri. Credit to Yamaha T135 website for this manual book.

Saya Suka / Modifikasi Standard

Jika anda merupakan seorang penunggang motorsikal yang mempunyai kriteria seperti yang dinyatakan dibawah, adalah disarankan agar anda mengikut langkah-langkah seperti yang disarankan ini:-

- Menyayangi motorsikal.
- Tidak mahu semak kepala dengan pemeriksaan JPJ.
- Mahukan kuasa tambahan terhadap motorsikal anda.
- Modifikasi yang mudah diselenggara.
- Modifikasi yang tahan lama.

TEKNIK MODIFIKASI 135LC+FZ

Yamaha Malaysia mempunyai sebuah model Naked Lightweight Class iaitu Yamaha FZ yang mempunyai inji sesaran 150cc. Model ini merupakan model untuk kegunaan perjalanan jarak jauh, berbanding dengan Yamaha 135LC yang dicipta lebih kepada 'town ride'. Spesifikasi kedua-dua motorsikal ini berbeza namun terdapat komponen yang boleh dikacukkan kepada model 135LC, iaitu block, piston dan camshaft. Adakah ini merupakan satu berita yang baik kepada anda?

Apa yang anda perlu dapatkan adalah;-

1) Block original FZ150 (biasanya daripada Indonesia), beserta set piston dan ring.
2) Camshaft original FZ150.
3) Aftermarket CDI (Single/Dual Band; suggested BRT Indonesia).
4) Aftermarket performance Exhaust (manifold besar).
5) Carburetor Yamaha RXZ
6) Tengkuk penyambung Carburetor

Sistem ini merupakan sistem Plug & Play. Jika anda merupakan seorang foreman, maka mudahlah segala kerja-kerja pemasangan untuk dilakukan. Namun jika anda tidak berkeyakinan, boleh hantar sahaja motor anda ke bengkel untuk pemasangan. Pastikan kerja-kerja pemasangan dilakukan dengan teliti dan setting asal motorsikal anda tidak diubah.

Dengan modifikasi seperti ini, adalah dijamin motorsikal anda sukar untuk mengalami masalah-masalah yang berlaku pada modifikasi yang dilakukan dengan menggunakan blok serta camshaft aftermarket.

Antara perkara yang perlu dijaga dalam mengekalkan kesihatan motorsikal anda hanyalah memastikan penukaran minyak injin dilakukan setiap 1000km perjalanan, dan pastikan air radiator sentiasa mencukupi ketika melakukan perjalanan jauh