STAY WITH US

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, June 24, 2009

Top Speed

Untuk topik ini, anda perlu tahu sifat enjin. Kalau tak tahu maka jadi macam pomen kampung-lah! Cuba sana-sini sampai 2-3 biji motor dah barai barulah dapat resepi yang dicari. Kemudian bermegah dengan skill yang tak seberapa tu. Dunia remaja hanya sementara, apa yang boleh dikongsi lebih baik dikongsi bersama.

Baiklah. Nak dapatkan top speed banyak perkara perlu dilakukan. Anda perlu menaik taraf kuasa yang ada pada enjin supaya dapat mengeluarkan kuasa yang lebih daripada standard keluaran kilang itu sendiri. Mari kita lihat satu persatu.

1. UNIT CDI

Dengan menukar sistem asal kepada aftermarket performance part seperti dari jenama BRT (Bintang Racing Team), GT Racing (sama seperti BRT), Rextor, Kitti Racing dan lain-lain, ianya dapat meningkatkan keupayaan motor anda untuk 'pergi lebih jauh' kerana CDI asal mempunyai cut-off yang menghadkan keupayaan motor. Bukan setakat laju malah pickup pun anda dapat. Untuk sistem ini disarankan agar anda bijak berbelanja. Jangan terperangkap dengan helah kedai spare-part. Anda perlu ingat, untuk apa anda pakai unit CDI ini? Racing ataupun Suka-Suka? Kalau Suka-Suka beli yang biasa sudah memadai. Tidak perlu berbelanja melebihi RM300 untuk sistem ini.

Peringatan kepada anda untuk memilih unit CDI yang mempunyai suis untuk kipas sistem penyejuk motor anda (coolant). Bagi saya kedua-dua jenis CDI ini sudah memadai untuk proses modifikasi motorsikal Yamaha 135LC ini. Kalau nak lebih! Lebih baik anda wakafkan sahaja motor anda masuk litar lumba.. hehe :-)

2. BLOCK

Tukar saiz engine block anda yang asal kepada yang bersaiz besar. Contohnya seperti blok racing bersaiz 60mm. Terdapat 2 jenis blok racing ada di pasaran iaitu welded-block dan unwelded-block. Apa itu welding dan unwelding block? (wujud sekitar tahun 2006). Jika anda perhatikan pada bahagian blok, terdapat satu bahagian lubang/longkang coolant dikeliling 'lubang sarung piston'. Bagi welded-block, lubang ini akan ditutup sedikit bagi mengelakkan air coolant bocor dan masuk ke dalam 'lubang sarung piston'. Manakala unwelded-block pula merupakan block asal dengan nisbah bukaan lubang yang lebih besar sahaja.

Gambar diatas menunjukkan blok yang telah ditutup/welding lubang coolant dan lubang kecil dibuat mengikut bentuk gasket dan blok yang tidak welding.

3. PISTON

Pastikan anda menggunakan piston yang baik. Jangan guna piston murah. Buat jahanam motor nanti. Jika anda hantar kedai untuk pasang block, pastikan pomen tak usik piston seperti grind 'longkang valve' kasi besar dan sebagainya. Kalau nak besarkan longkang valve pada piston, sebaiknya hantar ke foundry atau kilang machinery.

4. HEAD

Pada bahagian engine head, anda hanya perlu melakukan port n polish serta membesarkan sedikit bukaan lubang minyak dan ekzos. Pastikan permukaan bahagian tersebut licin agar minyak dapat dialirkan bagai menjirus air atas daun keladi dan asap pembakaran dapat dilepaskan dengan sempurna.

5. CAMSHAFT

Performance atau racing camshaft biasanya disebut sebagai hi-cam sahaja. Jangan tertipu dengan helah pengeluar hi-cam. Untuk mengetahui samada hi-cam tersebut boleh pakai atau tidak, anda perlu melihat perbezaan pada 'bonggol' hi-cam tersebut. Hi-cam yang tak boleh blah mempunyai 'bonggol' yang lebih kurang sama dengan camshaft asal (seperti bujur telur) dan didatangkan bersama bearing racing, cari camshaft yang mempunyai bonggol yang agak lebar sedikit seperti Hi-cam keluaran Hong Leong Yamaha (Thailand) sendiri untuk jentera 135LC. Gambar dibawah menunjukkan hi-cam Yoshi dan hi-cam Yamaha.

6. CLUTCH

Untuk mendapatkan pickup yang cepat dan garang, modifikasi kecil perlu dilakukan disini. Tukar clutch plate baru atau yang berprestasi tinggi dan gantikan 2 clutch spring asal dengan clutch spring racing. Spring jenis racing lebih keras berbanding spring asal. Setelah melakukan modifikasi ini, anda akan mendapati agak sukar sedikit untuk memasukkan/menukar gear.

7. EKZOS

Pemilihan ekzos yang tepat dapat membantu motorsikal untuk melepaskan kuasa penuh yang dikeluarkan oleh injin. Diingatkan supaya TIDAK melakukan modifikasi terhadap ekzos asal! Baik anda simpan dan beli aftermarket performance exhaust seperti ekzos keluaran CJ IPOH BIKE, ABM RACING, NOB1 ataupun YOSHIMURA. Ekzos-ekzos ini merupakan yang terbaik untuk digunakan pada motorsikal anda.

Jika anda sukakan motorsikal yang senyap, NOB1 ada mengeluarkan sistem ekzos seperti ini.

8. VALVE SPRING

Tukarkan valve spring asal kepada jenis perlumbaan. Ini kerana valve spring racing dapat menampung tork/beban yang lebih tinggi yang terhasil daripada blok yang lebih besar.

Pages