STAY WITH US

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, June 24, 2009

Setting Main Corner

Perhatian kepada sesiapa yang suka layan corner sampai nak capai kemahiran tahap telinga cecah jalan. Hahaa! Disini saya ada sertakan tips-tips ubahsuai motor anda dengan betul! Mari kita lihat sesuai atau tidak dengan citarasa anda.

Rakaman video diatas diambil daripada laman web YouTube khas untuk tontonan anda yang nak belajar cornering dengan motor kapcai.

BAHAGIAN UBAHSUAI

1. FOOTREST

Disarankan agar anda menukar footrest asal kepada jenis racing kerana footrest jenis ini terletak pada kedudukan yang lebih tinggi daripada bahagian bawah badan motor. Kedudukan ini membolehkan anda mengambil corner dengan lebih yakin tanpa risau footrest bergesel dengan jalanraya.

2. CDI (Capacitor Discharge Ignition)

Dengan menukar sistem asal kepada aftermarket performance part seperti dari jenama BRT (Bintang Racing Team), GT Racing (sama seperti BRT), Rextor, Kitti Racing dan lain-lain, ianya dapat meningkatkan keupayaan motor anda untuk 'pergi lebih jauh' kerana CDI asal mempunyai cut-off yang menghadkan keupayaan motor untuk ketahanan yang lebih lama. Untuk menukar sistem ini, anda disarankan agar bijak berbelanja. Jangan terperangkap dengan helah kedai spare-part. Anda perlu ingat, untuk apa anda pakai unit CDI ini? Berlumba ataupun Suka-Suka? Kalau Suka-Suka beli yang biasa sudah memadai. Tidak perlu berbelanja melebihi RM300 untuk unit ini.

Peringatan kepada anda untuk memilih unit CDI yang mempunyai suis untuk kipas sistem penyejuk motor anda (coolant). Bagi saya kedua-dua jenis CDI ini sudah memadai untuk proses modifikasi motorsikal Yamaha 135LC ini.

3. SPROCKET

Untuk mendapat kuasa yang lebih ketika memecut pada jarak dekat, anda disarankan untuk menukar saiz sprocket kepada kombinasi yang lebih tinggi. Contohnya; 42R16F iaitu saiz 42 untuk belakang dan 16 untuk depan. Jika tiada saiz ini untuk model 135LC anda boleh juga menggunakan sprocket untuk model RXZ. Ngam.. ngam.. masuk dalam sarang..

Persoalan: Apa beza pakai sprocket 428 dengan 415 @ dengan kata lain sprocket racing? Saiz 428 merupakan saiz asal. Manakala 415 merupakan sprocket racing. Disebabkan ketebalan sprocket 415 ini jauh lebih nipis dari asal.. tentulah ianya lebih ringan.. apabila sesuatu part itu ringan maka beban injin berkurangan (sedikit).. Orang kata pakai sprocket ni motor jadi laju. Jangan percaya dengan mitos tersebut. Cuma aku nak ingatkan disini bahawa jangka hayat sprocket ini agak kurang berbanding yang asal. Jika anda menggunakan motorsikal untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh disarankan pakai saiz asal sahaja iaitu 428.

Pages