STAY WITH US

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, April 17, 2020

CDI Rosak

Pernahkah anda merasakan situasi 'jerking' atau tersengguk-sengguk semasa sedang ride? Kadang-kadang motor mati sendiri? Motor mati bila throttle lepas? atau Motor mudah mati bila engine panas? Jika anda pernah mengalami situasi seperti ini, salah satu puncanya adalah daripada CDI.

Macam mana CDI boleh rosak?
Kebanyakan CDI rosak adalah disebabkan oleh gangguan litar elektrik, modifikasi engine yang berlebihan, penggunaan unit CDI aftermarket yang kurang berkualiti (atau kata lain CDI Racing) dan juga faktor usia CDI tersebut. Anda perlu faham, peralatan elektronik juga ada jangka hayatnya.

Bagaimana langkah awal nak periksa CDI?
Anda boleh lihat dari segi LUARAN jika terdapat kesan-kesan seperti terbakar, menggelembung, dan silikon pecah atau retak.

Simptom-simptom CDI rosak
1) Motor macam nak mati bila dalam keadaan IDLE. Bermaksud penerimaan api terputus-putus.
2) Semasa tengah ride, motor terus padam. Pulas throttle (nak bagi minyak) pun tak jadi.
3) Motor susah start lepas dah mati. (CDI panas)
4) Motor tak boleh start. (CDI totally kong!)
5) Motor mudah mati bila lepas throttle.

Perkara ini biasa terjadi terutamanya pada CDI Racing. Kadang-kadang bila tanya foreman berkenaan CDI ni, jangan terkejut kalau dapat jawapan;-

"Semua CDI sama sahaja"
"Terpulang pada nasib"
"Aku pakai elok je brand ni"
"Jangan nak memandai-mandai"
"Aku pomen ke kau pomen?"

dan sebagainya sehingga menyakitkan hati pun ada. Jangan pulak korang cepat melatah atau 'down'. Sabar itu separuh daripada iman. Rilek-rilek sudah. Manusia ni ada pelbagai ragam.

Apa boleh anda lakukan sebelum beli CDI baru?
1) Cuba ganti dengan CDI lain terlebih dahulu. Pinjam kawan adalah terbaik.
2) Jika simptom diatas tiada, bermaksud CDI anda yang bermasalah.

Jika simptom diatas masih ada?
1) Cuba periksa Spark Plug.
2) Periksa Ignition Coil.
3) Periksa Coil Magnet.

Pages