- Menyayangi motorsikal.
- Tidak mahu semak kepala dengan pemeriksaan JPJ.
- Mahukan kuasa tambahan terhadap motorsikal anda.
- Modifikasi yang mudah diselenggara.
- Modifikasi yang tahan lama.
TEKNIK MODIFIKASI 135LC+FZ
Yamaha Malaysia mempunyai sebuah model Naked Lightweight Class iaitu Yamaha FZ yang mempunyai injin sesaran 150cc. Model ini merupakan model untuk kegunaan perjalanan jarak jauh, berbanding dengan Yamaha 135LC yang dicipta lebih kepada 'town ride'. Spesifikasi kedua-dua motorsikal ini berbeza namun terdapat komponen yang boleh dikacukkan kepada model 135LC, iaitu block, piston dan camshaft. Adakah ini merupakan satu berita yang baik kepada anda?
Apa yang anda perlu dapatkan adalah;-
1) Block original FZ150 (biasanya daripada Indonesia), termasuk set piston dan ring.
2) Camshaft original FZ150.
3) Aftermarket CDI (Single/Dual Band; suggested BRT Indonesia).
4) Aftermarket performance Exhaust (manifold besar).
5) Carburetor Yamaha RXZ
6) Tengkuk penyambung Carburetor
Sistem ini merupakan sistem Plug & Play. Jika anda merupakan seorang foreman, maka mudahlah segala kerja-kerja pemasangan untuk dilakukan. Namun jika anda tidak berkeyakinan, boleh hantar sahaja motor anda ke bengkel untuk pemasangan. Pastikan kerja-kerja pemasangan dilakukan dengan teliti dan setting asal motorsikal anda tidak diubah.
Dengan modifikasi seperti ini, adalah dijamin motorsikal anda sukar untuk mengalami masalah-masalah yang berlaku pada modifikasi yang dilakukan dengan menggunakan blok serta camshaft aftermarket.
Antara perkara yang perlu dijaga dalam mengekalkan kesihatan motorsikal anda hanyalah memastikan penukaran minyak injin dilakukan setiap 1000km perjalanan, dan pastikan air radiator sentiasa mencukupi ketika melakukan perjalanan jauh