STAY WITH US

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, April 25, 2020

135LC V3

6:24 AM
Berikut merupakan model-model motosikal Yamaha 135LC keluaran ketiga. Koleksi gambar asli masih lagi dicari untuk semua model keluaran ketig...
Read more »

135LC V2

6:21 AM
Berikut merupakan model-model motosikal Yamaha 135LC keluaran kedua. Koleksi gambar asli masih lagi dicari untuk semua model keluaran kedua ...
Read more »

135LC V1

6:17 AM
Berikut merupakan model-model motosikal Yamaha 135LC keluaran pertama. Koleksi gambar asli masih lagi dicari. Terutamanya untuk model warna ...
Read more »

Friday, April 17, 2020

CDI Rosak

7:25 AM
Pernahkah anda merasakan situasi 'jerking' atau tersengguk-sengguk semasa sedang ride? Kadang-kadang motor mati sendiri? Motor m...
Read more »

Thursday, March 12, 2020

Saturday, February 1, 2020

Thursday, January 30, 2020

Tuesday, January 28, 2020

Friday, January 24, 2020

Restoration 135LC #1

Berikut merupakan perkongsian salah seorang pemilik motosikal Yamaha 135LC keluaran pertama yang diperoleh daripada laman sesawang Paultan.org. Berikut merupakan coretan oleh Durrani Sharom berkenaan motosikal yang diberi nafas baru ini.


Bagi seseorang yang duduk di bandar, motosikal berkapasiti kecil seperti skuter atau kapcai boleh dianggap penting. Saya sendiri sudah memiliki Yamaha LC135 ini sejak tahun 2010 dan digunakan sebagai pengangkutan utama hari-hari. Antara sebab utama ia masih bersama saya adalah betapa ia memudahkan urusan harian dan menjimatkan.

Namun setelah hampir 10 tahun, keadaan fizikalnya sudah tidak nampak begitu menarik. Saya juga tidak rasa begitu terpanggil untuk menjadikannya cantik semula kerana anda sendiri tahulah, bila dah cantik, ada saja yang gatal tangan. Dalam beberapa tahun yang lepas, saya lebih senang menggunakan motosikal dengan warna coverset yang bercampur-campur, tempat duduk koyak dan semuanya nampak standard sahaja. Bahagian yang saya jaga adalah enjin, suspensi dan beberapa lagi bahagian penting lain supaya tidak menjejaskan kualiti tunggangan.

Tapi bulan lalu, tiba-tiba tercetus dalam fikiran saya untuk memberi LC V1 ini lebih kasih sayang. Mungkin kerana terdapat masa cuti beberapa hari dalam bulan tersebut dan alat ganti motosikal ini masih mudah didapati, saya tidak berfikir panjang untuk mencabut semua yang perlu secepat mungkin. Sampaikan gambar asal keadaan motosikal ini juga saya terlupa untuk ambil.


Saya tidak mahu memasangnya dengan aksesori aftermarket, tetapi memilih untuk mengekalkan keadaannya seperti keluar kilang, seboleh mungkin. Kemudiannya, rancangan ‘restore’ saya juga tidak termasuk enjin kerana bahagian itu baru saja saya buat beberapa bulan yang lepas. Jadi, pecahan kos yang anda boleh lihat di bawah tidak termasuk bahagian enjin.

Cabut dan pasang semua saya buat sendiri di rumah, manakala barang alat ganti didapati daripada beberapa kedai dan yang paling utama adalah kedai pengedar alat ganti rasmi Hong Leong Yamaha Motor. Anda mungkin boleh melihat kos ini sebagai rujukan, tetapi apa yang boleh saya katakan, sekiranya mahu melakukan kerja restore ini, ikutlah kemampuan sendiri – dari aspek masa, wang ataupun tenaga.

Anda juga boleh lihat, tidak semua barang yang saya tukar adalah baru, malah ada juga yang dibeli terpakai, ada yang bukan original dan ada juga yang sekadar dibersihkan semula sahaja. Walaupun begitu, untuk bahagian-bahagian penting saya cadangkan beli sahaja yang original kerana sebenarnya harganya tidak begitu jauh berbeza. Kualiti barang yang anda dapat pula lebih baik.


Dalam kes saya, contohnya getah pedal kaki, saya menggunakan yang local. Tapi ia sangat menyakitkan hati kerana licin dan tidak lama lagi saya bercadang untuk beli sahaja yang original. Awalnya juga saya tidak tahu beza harganya cuma tidak sampai RM20 pun.

Dalam pecahan kos di atas juga anda boleh lihat saya menghantar coverset ini ke kedai cat kereta untuk disembur dengan cat clear. Apabila sudah siap, saya sedikit terperanjat dengan kosnya yang mencecah RM200. Jika difikirkan balik, harganya sudah tidak jauh dengan harga coverset itu sendiri.

Walaupun sekarang saya sudah boleh tersenyum puas dengan penampilan dan prestasi LC V1 ini yang sudah hampir seperti baru, masih ada beberapa bahagian yang masih belum lengkap seperti cermin sisi, pemijak kaki belakang dan masalah baru yang tiba-tiba muncul selepas semua selesai adalah plet klac pula.

135LC V3

Berikut merupakan model-model motosikal Yamaha 135LC keluaran ketiga. Koleksi gambar asli masih lagi dicari untuk semua model keluaran ketiga (V3).


135LC V2

Berikut merupakan model-model motosikal Yamaha 135LC keluaran kedua. Koleksi gambar asli masih lagi dicari untuk semua model keluaran kedua (V2).



135LC V1

Berikut merupakan model-model motosikal Yamaha 135LC keluaran pertama. Koleksi gambar asli masih lagi dicari. Terutamanya untuk model warna Biru, Merah, Hijau, dan model ES.






CDI Rosak



Pernahkah anda merasakan situasi 'jerking' atau tersengguk-sengguk semasa sedang ride? Kadang-kadang motor mati sendiri? Motor mati bila throttle lepas? atau Motor mudah mati bila engine panas? Jika anda pernah mengalami situasi seperti ini, salah satu puncanya adalah daripada CDI.

Macam mana CDI boleh rosak?
Kebanyakan CDI rosak adalah disebabkan oleh gangguan litar elektrik, modifikasi engine yang berlebihan, penggunaan unit CDI aftermarket yang kurang berkualiti (atau kata lain CDI Racing) dan juga faktor usia CDI tersebut. Anda perlu faham, peralatan elektronik juga ada jangka hayatnya.

Bagaimana langkah awal nak periksa CDI?
Anda boleh lihat dari segi LUARAN jika terdapat kesan-kesan seperti terbakar, menggelembung, dan silikon pecah atau retak.

Simptom-simptom CDI rosak
1) Motor macam nak mati bila dalam keadaan IDLE. Bermaksud penerimaan api terputus-putus.
2) Semasa tengah ride, motor terus padam. Pulas throttle (nak bagi minyak) pun tak jadi.
3) Motor susah start lepas dah mati. (CDI panas)
4) Motor tak boleh start. (CDI totally kong!)
5) Motor mudah mati bila lepas throttle.

Perkara ini biasa terjadi terutamanya pada CDI Racing. Kadang-kadang bila tanya foreman berkenaan CDI ni, jangan terkejut kalau dapat jawapan;-

"Semua CDI sama sahaja"
"Terpulang pada nasib"
"Aku pakai elok je brand ni"
"Jangan nak memandai-mandai"
"Aku pomen ke kau pomen?"

dan sebagainya sehingga menyakitkan hati pun ada. Jangan pulak korang cepat melatah atau 'down'. Sabar itu separuh daripada iman. Rilek-rilek sudah. Manusia ni ada pelbagai ragam.

Apa boleh anda lakukan sebelum beli CDI baru?
1) Cuba ganti dengan CDI lain terlebih dahulu. Pinjam kawan adalah terbaik.
2) Jika simptom diatas tiada, bermaksud CDI anda yang bermasalah.

Jika simptom diatas masih ada?
1) Cuba periksa Spark Plug.
2) Periksa Ignition Coil.
3) Periksa Coil Magnet.


Espada Pro Ceramic Block AH168



Espada merupakan salah satu daripada pembuat spare part motosikal yang konsisten dalam mengeluarkan versi-versi baru barangan mereka. Antara spare part motorsikal yang di keluarkan adalah seperti Exhaust Pipe, Brake Caliper, Fuel Tank, Engine Cover, CDI, Head, Block, Throttle Body, Trumpet, Camshaft dan juga Piston.

Namun begitu, untuk posting kali ini aku nak sentuh berkenaan material yang digunakan untuk Block dan Piston mereka. Kalau perhati betul-betul dekat kotak ada ditulis material AH168. Apa itu material AH168? Mesti ramai yang cuba Google kan?

Apa kata kita berkongsi sedikit maklumat berkenaan kod material tersebut.

'A' bermaksud Aluminium aloy, yang merupakan asas bahan yang digunakan untuk peralatan tersebut.

'H' bermaksud Strained Harden, yang bermaksud proses temper kepada bahan tersebut.

Bagaimana pula dengan tiga digit yang dibelakang iaitu 168? Tiada sebarang maklumat boleh didapati. Mungkin ini adalah kod yang diberi oleh pembuat bahan tersebut. Maklumat ini diperoleh daripada laman sesawang http://www.runjian.com.tw/product004.html 

Menurut beberapa sumber, digit pertama biasanya elemen di dalam bahan tersebut, atau dengan kata lain siri kepada Aluminium aloy. Anda boleh rujuk pada carta dibawah.






135LC 4S Gearbox Ratio



Setting Gearbox Yamaha 135LC

Cerita sekarang ni semua nak racing kan? Racing? Tak racing? Racing? Tak racing? Sebelum nak racing jom kita baca sedikit maklumat berkenaan kotak gear Yamaha 135LC ni. Ingat para sahabat, orang berilmu seringkali menang!

135LC Original Ratio

Berikut merupakan ratio asal Gearbox motosikal Yamaha 135LC yang perlu anda ketahui:-

No.
Gear
Ratio
 1st 12T / 34T  2.833 
2nd  16T / 30T  1.875 
3rd  17T / 23T  1.353 
4th  22T / 23T  1.045 

Saudara dan saudari perlu juga tahu, gearbox ni ada kombinasi atas dan bawah. Selepas mengetahui akan kombinasi gear, barulah kita ada sedikit keyakinan dan pengetahuan untuk modifikasi bahagian ini. Harap maklumat yang ingin disampaikan berhubung antara satu sama lain dalam kepala kalian.

Setting Gearbox Racing Yamaha 135LC

Sekarang kita nak cerita pulak berkenaan setting Gearbox Racing yang korang idam-idamkan itu. Pertama sekali nak tahu juga, set gearbox racing ni jual dalam bentuk macam mana? Kalau korang tanya Encik Google lah kan? Maka akan keluarlah produk-produk seperti dibawah..

   

Kemudian anda akan dijamu pula dengan SET GEARBOX RACING! (seperti gambar dibawah). Nampak tak? Nampak tak? Nampak tak? Kalau korang nampak maka berakhirlah siri mistik untuk bahagian Gear Box. Kalau pandai setting la sendiri, kalau tak pandai sila jumpa foreman yang berkualiti dan berpengalaman dalam usaha setting Gearbox anda sehingga motor mampu fly ke langit.


Minyak Hitam Yang Sesuai

Bagaimana memilih minyak hitam yang sesuai untuk motosikal Yamaha 135LC anda? Mineral, Semi and Fully Sintetik? Berapa gred minyak yang diperlukan? Banyak sangat soalan yang bermain difikiran. Jangan diikutkan sangat omong sahabat-sahabat anda yang tidak berapa nak hebat sangat tu. Apa kata anda belajar sendiri bagaimana nak memilih gred minyak enjin yang sesuai dengan motosikal anda.

Pertama, kita belajar Jenis Minyak Enjin.

1. Mineral

Minyak mineral pada dasarnya adalah produk atau produk sampingan pemprosesan petroleum. Pada dasarnya, ia merupakan jenis minyak enjin yang paling asas dan sangat disyorkan untuk enjin kapasiti yang lebih kecil yang tidak mengenakan banyak tekanan mekanikal semasa berjalan. Kebanyakan pengeluar akan mengesyorkan pemilik motosikal baru menggunakan minyak mineral kerana mereka menawarkan perlindungan enjin yang baik untuk beberapa kilometer pertama pergerakan enjin.

Kelebihan lainnya adalah berkenaan harga yang sangat berpatutan dan tidak akan memberi impak yang besar untuk penukaran minyak yang kerap. Kelemahan minyak mineral pula adalah mereka tidak bertahan lama sehingga anda perlu memastikan untuk menggantikan minyak pada selang masa yang disyorkan. Walaupun dengan penukaran minyak yang kerap, ia masih dianggap sebagai minyak berpatutan kepada rakyat marhain.

2. Semi Sintetik

Seperti namanya, minyak separuh sintetik adalah campuran antara minyak mineral dan minyak sintetik. Pengilang telah mengambil yang terbaik dari kedua-dua dunia; tahap perlindungan tinggi dari minyak mineral dan aspek prestasi tinggi dari minyak sintetik.

Sekiranya anda menjalankan basikal berkapasiti yang lebih kecil ke atas 250cc yang menghasilkan kuasa kuda yang sihat tetapi masih tidak diletakkan di bawah tekanan yang tinggi (seperti kerja harian biasa untuk bekerja), minyak separuh sintetik adalah pilihan yang tepat untuk anda. Anda juga akan mendengar saranan untuk beralih kepada minyak separuh sintetik selepas motosikal telah dijalankan menggunakan minyak mineral.

3. Sintetik

Minyak sintetik sepenuhnya dianggap sebagai yang terbaik. Dibina daripada polimer tulen, ia adalah bertentangan dengan minyak mineral (anda boleh mengatakan ia adalah tiruan dan tidak dibuat menggunakan apa-apa produk semulajadi). Contoh terbaik ketika menggunakan jenis minyak ini adalah untuk motosikal berprestasi tinggi yang sentiasa diletakkan di bawah banyak tekanan. Superbike dan motorsikal yang telah menjalani proses modifikasi adalah contoh utama jentera yang memerlukan bantuan minyak sintetik sepenuhnya.

Manfaat utama minyak sintetik sepenuhnya adalah bahawa mereka tidak akan menurunkan dari segi kualiti kerana mereka telah dibina untuk mempunyai kitaran hayat yang sangat panjang. Molekul kelikatan minyak tidak akan pecah secepat minyak mineral atau minyak separuh sintetik. Mereka juga memberikan prestasi pelincir terbaik yang tidak akan pecah di bawah tekanan (bergantung kepada gred minyak yang betul digunakan). Sesetengah pengeluar juga menyatakan bahawa mereka minyak sintetik yang sepenuhnya akan meningkatkan prestasi tetapi itu masih merupakan topik yang sangat subjektif.


Coolant Mixed with Engine Oil

My bike age is around 8 years old. I'm using this bike daily. One day, I've encountered a situation when doing my routine service to the bike. The color of the engine oil is brownish mixed with white color. This situation tells you that the coolant already goes into the engine.

How does the coolant can get into the engine? First, you must check your cylinder block. Check the gasket and water jacket around the cylinder block. Second, the coolant might slip from the water pump oil seal. If the cylinder block is in good condition, this mean that you need to do something with the water pump.

Usually the maintenance is done by changing the fan or impeller as well as the gasket and water pump seal that connect this part with the engine head. The cost of this maintenance is around RM50-60 only (not including the service charge).

The problem is, after a while the same problem will happen where the coolant still going into the engine. If you experience the same problem with me, the best solution is to 'Change the whole set' and it should last longer than you expect. You can get the original part (HLY) from as low as RM105 (complete set).

Why this problem still happen? It is because of the housing for the seal has worn out. This problem is due to the process of removing the seal.

Welcome to 135LC Info Blog


Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini;-

1) Habis banyak duit untuk proses modifikasi yang tidak seberapa.
2) Habis banyak duit tapi prestasi motor lebih kurang sama dengan standard.
3) Tak tahu macam-mana nak mulakan proses modifikasi.
4) Nak buat modifikasi tapi bukan nak 'racing'.
5) Perlukan lebih kuasa/pickup dari injin asal, tapi tak tahu nak buat apa.

Situasi diatas merupakan contoh sahaja dimana perkara sebegini kebanyakannya berlaku kepada seorang pemilik motosikal yang tidak tahu menahu pasal kejuruteraan motor. Ramai orang nak motor lawa, ramai orang nak motor laju. Duit ada.. duit yang tidak seberapa!! Jangan bazirkan wang anda untuk proses pengubahsuaian yang 'entah apa-apa' daripada bengkel-bengkel motor BIASA!
Nak tahu rahsia dan teknik-teknik yang betul? Jom IKUT SAYA! Ini merupakan pengalaman saya dan beberapa orang rakan 135LC yang lain dimana pengalaman yang kami kongsi di 'kedai kopi' ini akan kami terbitkan dalam blog ini, untuk kebaikan pemilik 135LC yang lain juga.
Sekian. Terima kasih diatas kunjungan anda!

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages